Home tuition
Home Tuition bermaksud tuisyen di rumah. Tuisyen di rumah guru fenomena biasa. Saya sendiri pernah tuisyen di rumah cikgu bi saya semasa tahun enam. Alhamdulillah berkat didikan guru di sekolah dan tuisyen saya kini guru bahasa inggeris. Barangkali home tuition fenomena baru. Ia nya mendapat permintaan daripada para ibubapa apabila ibubapa yang sepatutnya membantu pembelajaran anak2 di rumah, tidak berjaya membantu. Kesibukan. Keletihan. Kesempitan masa. Tidak reti. Mungkin itu sebahagian daripada alasannya. Oleh sebab alasan yang pelbagai home tuition mula mendapat permintaan.
Masyarakat mulai sedar kepentingan mendapatkan pembelajaran tambahan di luar bilik darjah. Cuma masyarakat kita khususnya orang melayu mulai bertindak menghantar tuisyen setelah anak merudum dalam peperiksaan. Sepatutnya mereka bertindak sebelum peperiksaan. masyarakat cina lebih terbuka minda dalam bab tuisyen ni. Mereka mulai menghantar anak tuisyen sedari pra sekolah lagi. Kebanyakan menghantar anak tuisyen membaca bm dan bahasa cina. Kenapa dua subjek itu? Sebab komunikasi sangat penting di peringkat awal pembelajaran kanak2.
Seringkali juga ibubapa berkira2 untuk membayar yuran tuisyen. Sedangkan mereka tidak lokek mengeluarkan wang untuk gadjet anak. Handphone canggih setiap seorang. Laptop lagi. Duit topup bulanan. Si ibu pula setiap bulan shopping tudung, baju. Si ayah hias kereta beribu-ribu macam jaga bini no 2. Hehehe.. Itu realiti bagi masyarakat melayu. Hanya segelintir yang sudah mula buka mata tentang kepentingan mendapat tuisyen di luar.
Alasan tidak mampu. Dalamhal ini, kita kena disiplin. Bajet untuk anak belajar perlu lebih daripada bajet anak bermain. Terutama anak pra sekolah. Kemahiran membaca dan menulis sangat sangat sangat penting. Maha penting. Tiada yang lebih penting daripada penting. Apabila anak sudah mula keciciran, dia akan hilang keyakinan diri. Masuk darjah satu, keciciran lagi. Darjah dua pula. Tapi baru dapat ilmu darjah satu. Cicir selama setahun. Bila Upsr..terpaksa usaha 25 kali ganda. Masa tu baru anak melayu kita pergi tuisyen. Itu pun kelas tambahan yang cikgu buat di sekolah.
Balik rumah, tengok tv. Main game. Zaman sekarang anak2 sekolah rendah pun ada whatsapp. Tekan2 hp. Tidur. Esoknya pergi sekolah semula. Tiada pengisian ilmu di rumah. Berapa peratus saja ilmu yang masuk?100 peratus cikgu di sekolah bagi, keluar telinga kanan tinggal 90% tolak lagi telinga kiri tinggal 80%. Tolak lagi setelah menjalani pelbagai aktiviti lasak seharian tinggal lah 50%. Sekurang- kurangnya ada tuisyen lagi dapatlah lagi 100 peratus untuk top up balik.
Sebagai guru, saya risau. Prestasi anak murid yang memasuki tahun satu tidak mencapai standard yang diharapkan. Ada yang masih tidak kenal huruf. Yang menulis huruf tidak betul gayanya. Tulis e pusing dari bawah ke atas. Semua itu teknik yang sepatutnya dikuasai di pra sekolah. Namun mereka gagal kuasai. Mgkin kerana keciciran. Alangkah baiknya jika ibubapa sedar anak mereka keciciran dari awal. Usaha la. Jika sememangnya tidak mampu daripada segi kewangan, anda jadilah tutor anak anda. Buat jadual dan patuhi. Bantu la mereka sebelum mereka terus kecicira