Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang Ansar telah datang mengadukan hal kepada Rasulullah s.a.w. Ialu berkata: Wahai Rasulullah! Aku sungguhnya telah mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya, tetapi aku tidak dapat menghafaznya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: ³Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu´. Sambil mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan´.

Hadis Riwayat At Tirmizi


Hadis Riwayat At Tirmizi

Friday, 18 September 2015

Anak Pasif?

Assalammualaikum wbt..

Suatu perkara biasa ketika di sekolah mendengar suara murid-murid. Berselang seli dengan suara guru. Setiap setengah jam loceng berdering. Buat mengingatkan guru masa telah berlalu.

Kadang-kadang guru tak sempat pun hendak menamatkan pembelajaran dengan baik. Penutup tiada. Kesimpulan tiada. Dalam kesibukan menyemak hasil kerja murid yang ramai, guru mungkin terlepas pandang seorang dua murid. Terutama murid yang pendiam, pasif dan terpencil. Jangan menyalahkan guru. Kami juga insan biasa. Kami juga ada dua mata sahaja seperti kalian. Kami juga hanya ada dua tangan seperti kalian. Tetapi yang membezakan kalian dengan kami ialah kami bersabar dengan karenah 8 multiple intelligents yang dimiliki oleh semua anak murid kami.

Jika anak anda seorang yang pasif di sekolah, anda perlu mendapatkan maklum balas guru dan menyemak hasil kerja anak anda. Ada kemungkinan berlaku anak yang pasif tetapi belajar,dan ada juga kemungkinan anak yang pasif dan tidak belajar. Hal ini berlaku kerana kepasifan anak itu menyebabkan dia tidak mahu bertanya. Dia malu. Dia rasa rendah diri yang amat sangat. Faktor berlaku sikap pasif ini akan dibincangkan di entri yang lain ya.

Ok..berbalik kepada soal pasif tadi. Saya berdepan dengan murid yang pasif di sekolah tetapi di rumah seorang yang aktif. Ibu beliau datang berjumpa untuk berbincang sementelah mendapati anak beliau tidak mahu bercerita aktiviti yang dibuat di sekolah. Naluri ibu barangkali. Peranan ibu seperti ini yang kita mahukan. Memerhati, bertanya, menyelidik anak di sekolah.

Murid ini pendiam yang amat sangat. Susah sangat nak menjawab soalan guru. Berbeza sikap di rumah. Ceria. Bermain. Boleh berbual. Keputusan peperiksaan beliau mengecewakan. Inilah kemungkinan yang saya beritahu sebentar tadi. Beliau TIDAK BELAJAR di sekolah. Beliau ada di dalam kelas, namun minda, akal dan otak beliau tidak memproses maklumat itu.

Bagi membantu murid yang mengalami sikap begini, peranan ibubapa amat penting. Memandangkan beliau ceria di rumah, beliau memerlukan ruang masa daripada ibu bapa di rumah untuk memantapkan pembelajaran. Berilah anak anda masa belajar. Pastikan masa itu dipatuhi supaya menjadi rutin. Jika anda tidak mampu, carilah orang yang mampu. Sebagai contoh, hantar ke kelas tuisyen. Mencari guru tuisyen di rumah juga salah satu pilihan.

Home tuition adalah keperluan bagi kes anak pasif ini. Suasana di rumah yang selesa dan tiada saingan dapat membantu pembelajarannya. Komunikasi antara tutor dan murid dapat menambahkan keyakinan diri. Apabila murid faham akan sesuatu topik dia akan jadi lebih berani. Keberanian yang terbentuk dapat melenyapkan sikap pasif yang ada.  Murid ini juga ada perasaan. Bentuklah keyakinan dirinya sebelum ianya menjadi parah. Jika terbawa pasif dan kurang keyakinan diri ke peringkat lebih tinggi, amat sukar untuk membuangnya lagi.
Bantulah mereka, wahai ibubapa!



No comments:

Post a Comment